Rabu, 8 Julai 2015

Panduan Ringkas Hartanah

Assalamualaikum.

Hari ini MS ada tengok beberapa blog berkaitan Hartanah. Jadi rasa terpanggil pula untuk berikan 3 panduan ringkas mengenai Hartanah.

Melalui pemerhatian MS, apa yang MS nampak adalah sektor hartanah semakin rancak diperkatakan dan diperbincangkan. Terutama antara blogger dan ejen hartanah. Semakin banyak panduan diterbitkan untuk dijadikan tips untuk membeli hartanah. 

Harta Tanah atau Hartanah dirujuk sebagai tanah yang memiliki sesuatu di atasnya seperti bangunan komersil atau rumah/rumah kediaman dan tidak boleh dialih (real estate property). Seseorang akan memilih untuk memiliki/membeli hartanah disebabkan kebaikan atau keuntungan yang diperolehi hartanah tersebut. 

1. Apakah jenis Hartanah yang ditawarkan?

Terdapat dua jenis hartanah:
 - bangunan untuk rumah kediaman seperti pangsapuri (condominium) dan rumah teres/atau rumah pekan (town house); dan 
- bangunan komersil seperti ruang pejabat, lot kedai, atau kilang.



2. Apakah tujuan memiliki Hartanah? 

Biasanya untuk dijadikan tempat tinggal/kediaman atau untuk tujuan pelaburan.

Tempat tinggal/kediaman - sebaiknya pilihlah mengikut kesesuaian (dari segi harga, pendapatan atau budget kewangan yang ada), keperluan (dilihat dari sudut status sama ada masih bujang atau telah berkahwin) dan keselesaan anda (supaya dapat dijadikan ruang yang sesuai untuk berehat atau didiami)

Pelaburan - Jika memilih untuk membuat pelaburan, ada tiga cara yang dapat dilakukan iaitu untuk dijual (mendapat sejumlah keuntungan sekaligus), disewa (boleh dijadikan pendapatan tambahan  atau simpanan setiap bulan) atau premis perniagaan (seperti pejabat perniagaan, kedai atau bengkel menyediakan produk) 

3. Di manakah lokasi atau kedudukan hartanah tanah yang sesuai?

Seeloknya pilihlah lokasi yang memberikan kemudahan dan berhampiran dengan Hartanah yang dipilih seperti sekolah, pengangkutan awam, kompleks membeli belah/mini market, dewan, taman rekreasi dan sebagainya.

Sebenarnya, ada banyak lagi panduan yang ingin MS kongsikan. Jadi kalau nak lagi, boleh dapatkannya 8 Panduan Asas Beli Hartanah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan