Rabu, 1 Julai 2015

Panduan Pemasaran

Assalamualaikum...


Bertemu lagi kita di dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa. Bagaimana keadaan anda? Diharap di dalam keadaan yang baik.

Di dalam entry sebelum ini MS ada kongsikan panduan asas sebelum mulakan perniagaan. Kali ini MS ingin kongsikan mengenai beberapa panduan untuk membuat pemasaran. Yelah, produk dah ada, bisnes pun dah mula..... tapi macam mana cara memasarkannya???


Caranya tentulah dengan membuat promosi...promosi dan terus promosi. Dengan cara promosi kita dapat memperkenalkan produk kita kepada bakal pelanggan atau pembeli. Untuk itu berikut adalah panduannya ye..

1) Secara Offline
Bagi peringkat permulaan dan jika modal kecil, anda boleh perkenalkan kepada adik-beradik, saudara-mara atau rakan-rakan terdekat tentang perniagaan yang anda jalankan atau produk yang ingin anda tawarkan. 

2) Secara Online
Gunakan kaedah online jika mempunyai kemudahan internet dengan cara membuat blog atau website atau buka akaun di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain untuk tujuan promosi tersebut. Ini kerana pasarannya lebih luas dan potensi untuk mendapatkan bakal pembeli atau pelanggan lebih tinggi memandangkan masyarakat kini ramai yang memiliki kemudahan internet dan akaun di laman-laman sosial  tersebut. Maka maklumat berkenaan sesuatu produk lebih mudah disebarkan. 

3) Edarkan Risalah/Flyers
Jika ada modal atau sumber kewangan yang lebih bolehlah cetak dan edarkan Risalah/Flyers. Walaupun bukan semua akan membacanya tetapi tidak mustahil untuk mendapat bakal pengguna atau pelanggan. Sebagai contoh suri rumah atau pakcik makcik yang tidak ada kemudahan internet atau tidak tahu menggunakan telefon pintar/smartphone masih boleh mendapatkan maklumat berkenaan produk/perniagaan yang anda tawarkan. Jika bersesuaian dengan keperluan atau kehendak mereka, mungkin merekalah yang akan membeli produk atau memilih perniagaan anda

Nak tahu lebih lanjut berkenaan cara pemasaran yang boleh membantu perniagaan anda? Dapatkannya di dalam 7 Taktik Promosi Bisnes



Tiada ulasan:

Catat Ulasan