Isnin, 13 Julai 2015

Boleh ke Buat Duit dengan Hartanah???

Assalamulaikum...

Entry sebelum MS ada memberikan tips atau panduan untuk memiliki hartanah. Bagaimana? Sudahkah anda dapatkannnya? Jika belum baik dapatkan kerana tips yang diberikan memang berguna buat anda yang baru bercadang mencari hartanah yang mana yang sesuai.

Dan untuk entry kali ini masih lagi berkisar tentang hartanah. Tapi ini lebih advance kerana selain untuk tujuan membeli atau melabur, MS nak bagi tahu yang anda juga boleh BUAT DUIT dengan menceburi bisnes bidang hartanah. 


Rabu, 8 Julai 2015

Panduan Ringkas Hartanah

Assalamualaikum.

Hari ini MS ada tengok beberapa blog berkaitan Hartanah. Jadi rasa terpanggil pula untuk berikan 3 panduan ringkas mengenai Hartanah.

Melalui pemerhatian MS, apa yang MS nampak adalah sektor hartanah semakin rancak diperkatakan dan diperbincangkan. Terutama antara blogger dan ejen hartanah. Semakin banyak panduan diterbitkan untuk dijadikan tips untuk membeli hartanah. 

Harta Tanah atau Hartanah dirujuk sebagai tanah yang memiliki sesuatu di atasnya seperti bangunan komersil atau rumah/rumah kediaman dan tidak boleh dialih (real estate property). Seseorang akan memilih untuk memiliki/membeli hartanah disebabkan kebaikan atau keuntungan yang diperolehi hartanah tersebut. 

1. Apakah jenis Hartanah yang ditawarkan?

Terdapat dua jenis hartanah:
 - bangunan untuk rumah kediaman seperti pangsapuri (condominium) dan rumah teres/atau rumah pekan (town house); dan 
- bangunan komersil seperti ruang pejabat, lot kedai, atau kilang.


Isnin, 6 Julai 2015

Bersyukur Di Bulan Ramadhan

Salam buat pengunjung yang masih sudi berkunjung ke blog ini.


Hari ini sudah masuk hari yang ke-19 dalam bulan Ramadhan kita semua berpuasa. Alhamdulillah. Lebih kurang 11 hari lagi syawal bakal menjelma. Insyallah, semoga kita semua dapat meraikannya.

Bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan yang penuh keberkatan untuk menjalani  ibadah puasa dan mempertingkatkan ibadah. Bersama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan dan mendekatkan diri kepada Allah. Semoga usaha dan amalan kita diberkati dan mendapat keredhaan-Nya. Untuk Renungan Bersama


TIPS RAYA:

7 Rahsia Berharga Untuk Beli Kereta VW Kegemaran Anda Tanpa Menelan Belanja Tinggi

[RAYA PROMO] Get a brand new VW with 0 downpayment, 0 interest and save up to RM48,000!

12 Steps You Can Do To Balik Kampung In Style When You Have Truly Made It

9 Simple Things To Be Grateful For When A Festive Season Is In Full Swing

Rabu, 1 Julai 2015

Panduan Pemasaran

Assalamualaikum...


Bertemu lagi kita di dalam bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa. Bagaimana keadaan anda? Diharap di dalam keadaan yang baik.

Di dalam entry sebelum ini MS ada kongsikan panduan asas sebelum mulakan perniagaan. Kali ini MS ingin kongsikan mengenai beberapa panduan untuk membuat pemasaran. Yelah, produk dah ada, bisnes pun dah mula..... tapi macam mana cara memasarkannya???