Selasa, 30 Jun 2015

Salam Perkenalan

Salam perkenalan buat anda pengunjung blog ini.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Ini adalah entry pertama saya di blog Minda Simple atau shortformnye MS ye...

Tujuan kemunculan MS adalah sekadar untuk berkongsi apa-apa informasi yang dirasakan sesuai dan berguna untuk dijadikan panduan kita bersama.

Ok lah... memandangkan umat islam sekarang ini sedang berada di dalam bulan ramadhan, tentu ramai yang sedang berkira-kira budget untuk menyambut hari raya nanti.....betul tak? Kalau pergi bazar ramadhan atau kedai tentu macam-macam yang nak dibeli. Tapi perlu diingat, jika mahu berbelanja perlu dengan cara yang berhemat. Supaya tidak menyesal dikemudian hari... terutama selepas raya nanti.... sebab nak tunggu gaji lambat lagi....

Tapi itu kalau untuk mereka yang berpendapatan sama ada makan gaji atau ada bisnes sendiri. Bagaimana pula bagi mereka yang belum ada pendapatan? Macam mana nak sediakan persiapan perayaan kali ini?

Untuk itu, MS nak share beberapa tips macam mana nak buat duit sempena musim raya ni. Apa yang MS nampak adalah dengan cara mulakan perniagaan/bekerja sendiri. Nak tahu kenapa? Kerana dengan berniaga/bekerja sendiri, anda boleh mulakan kerja pada bila-bila masa, waktu dan pendapatan ditentukan oleh diri sendiri dan bagaimana cara ingin dilakukan adalah terpulang kepada anda. So tepuk dada tanya selera.